Wednesday, 16 November 2011

PERSEDIAAN MENGAJAR  TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Tarikh                                     : 30 Oktober 2011
Masa                                      : 08.45- 09.45 (60 minit )
Tahun                                                : 2 Delima
Bilangan pelajar                   : 35 orang
Mata pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tema                                      : Destinasi  Pelancongan
Tajuk                                      : Mari Melancong
Pengetahuan Sedia Ada   :
1)Murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat  
   menarik melalui:
    a) maklumat daripada sumber media masa
    b) maklumat yang diperoleh melalui pengalaman melancong ke tempat
        menarik

Lokasi proses pengajaran dan pembelajaran: Makmal komputer sekolah
 Penerapan TMK:
1)    Murid tahu bahawa gambar yang dipaparkan adalah menggunakan slaid Microsoft Power Point.
2)    Murid tahu menggunakan Microsoft Word untuk menjawab soalan.
3)    Murid tahu cara menggerakkan tetikus untuk ikon “copy” and “paste”
4)    Murid tahu melayari internet berpandukan laman web yang diberikan oleh guru.

Objektif  pengajaran            :
Diharap murid-murid dapat:-
1.    Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.
2.    Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.
3.    Merujuk kepada kamus untuk meneliti ejaan yang betul

Fokus utama             :2.2 Aras 3 (ii)
Fokus sampingan    :6.1 Aras 3 (i)
                                  6.1 Aras 1 (i)
Isi pelajaran              :
i)             Murid-murid dapat menjawab soalan secara lisan yang dikemukakan oleh guru setelah menonton tayangan video “Cuti-Cuti Malaysia”.
ii)            Murid-murid dapat menamakan beberapa tempat pelancongan berdasarkan paparan gambar dari laman web pada slaid Microsoft Power Point.(menaip jawapan)
iii)           Murid dapat menggunakan ikon ‘copy’ and ‘paste’ untuk melengkapkan ayat dalam petikan (aplikasi Microsoft Word)  berdasarkan arahan yang diberi.
iv)           Murid dapat merujuk e-kamus untuk membuat pembetulan ejaan.
v)            Murid-murid dapat melayari internet  melalui pautan laman web yang dicadangkan oleh guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebagai input maklumat tambahan  dan keperluan menyiapkan tugasan kumpulan iaitu  Buku Skrap bertajuk ‘Tempat-Tempat Menarik di Malaysia’.
Nilai-Nilai Murni :
      A.  Unsur patriotisme:
1.    Berbangga dengan keistimewaan  yang ada di dalam negara
2.    Cintakan negara dan berbangga menjadi rakyat Malaysia
3.    Cintakan keindahan negara dan bersedia mempertahankan warisan negara agar tidak  pupus seiring dengan zaman teknologi maklumat dan multimedia.
B.  Unsur cintai alam sekitar
C.  Unsur Kesyukuran
Sistem bahasa                                :
Morfologi                                           :  kata nama, kata kerja,
Sintaksis                                            :  ayat penyata
KBKK                                                 : Menjana idea, kemahiran menyampaikan
                                                        maklumat.
Kemahiran Bernilai Tambah         : Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai
Pengisian kurikulum                                   :
Ilmu                                                    :Teknologi maklumat dan multimedia, Kajian
                                                       tempatan,
Bahan Bantu Belajar:
Laptop, LCD Projektor ,gambar-gambar dari laman web, video, pautan laman web yang bersesuaian, Slaid Microsoft Power Point, perisian Microsoft Word, e-kamus, sumber TMK, Perisian Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (Unit 4).


Pautan laman web :
  1. http://www.youtube.com/watch?v=dcZpjSwUlV8
  2. .www.regit.com/malaysia/intplace/perlis/gkelam.htm.
  3. www.geocities.com/~kenghor/cameron.
  4. www.e-kamus.com.my
  5. www.tourism.gov.my
  6. www.underwaterworld.com
  7. www.kraftangan.gov.my
  8. www.perpustam.edu.my/clhproject/kebudayaan/sejdondangsy.htm
  9. http://yahoo.com.my
  10. http://www.teachnet.com/lesson.html









Bahan Rujukan:
  1. CD-Rom Guru Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2003. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
  2. CD-Rom Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2003. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
  3. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 KBSR, Kementerian Pendidikan MalaysiaKuala Lumpur.
  4. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jilid 1, 2003. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.




Langkah-Langkah Penyampaian:
Set Induksi:
  1. Guru menarik perhatian murid dengan memaparkan video “Cuti-Cuti Malaysia” dan murid menyanyi lagu bersama-sama paparan video. Pengetahuan sedia ada muridcuba dikaitkan dengan topik yang akan diajar iaitu  “Mari Melancong”
  2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan paparan tadi dan murid menamakan tempat-tempat menarik yang dipaparkan. Murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan tempat-tempat menarik dalam  negara akan menjawab soalan guru dan mengemukakan idea yang bersesuaian.


Langkah / masa
Isi pelajaran / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi (5 minit)

8.45-8.50 pagi

  1. Guru menarik perhatian murid dengan memaparkan video “Cuti-Cuti Malaysia” dan murid menyanyi lagu bersama-sama paparan video. Pengetahuan sedia ada murid cuba dikaitkan dengan topik yang akan diajar iaitu  “Mari Melancong”
  2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan paparan tadi dan murid menamakan tempat-tempat menarik yang dipaparkan.
Paparan video  dari laman web bertajuk “Cuti-Cuti Malaysia
Langkah 1
(10 minit)

8.50-9.00 pagi
  1. Murid  melihat beberapa contoh tempat menarik dan menjawab soalan lisan guru berdasarkan paparan gambar  dari slaid Microsoft Power Point

1)Pencetusan idea.
2)Bahan Bantu mengajar: Slaid Microsoft Power
3)Gambar-
    gambar dari
    laman web
Langkah 2
(10 minit)

9.00–9.10 pagi
1.    Murid diberikan disket latihan untuk setiap kumpulan kecil dan diminta memilih dan menaipkan jawapan yang sesuai  berdasarkan gambar yang diberi.( menamakan)
2.    Lembaran slaid latihan dicetak untuk semua murid sebagai latihan individu dan ditampal di dalam buku tulis.
1)Penstrukturan semula idea
2)Microsoft Power Point  (Disket A)
Langkah / masa
Isi pelajaran / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Langkah 3
 (15 minit)

9.10-9.25 pagi
1.   Semua murid diminta melengkapkan
      ayat yang diberi (latihan kedua :
      lengkapkan).
2.   Murid diminta merujuk e-kamus untuk
      membuat pembetulan ejaan. (latihan
      ketiga: ejaan)
3.   Kertas latihan dicetak  untuk semua
      murid.
1) Aplikasi idea.
2)Bahan  Bantu mengajar:
Aplikasi Microsoft Word dalam disket A.
Langkah 4
(10 minit)

9.25-9.35 pagi
1.   Murid diminta menggunakan ikon
       “copy” and “paste” untuk
      memadankan pernyataan yang betul
      melalui slaid Microsoft Power Point
      yang dipaparkan.
2.    Perbincangan dan penyemakan
       jawapan bersama guru dan rakan  
       sebaya.
  1. Aplikasi idea dan penilaian.
  2. Perisian Microsoft Power Point
Penutup
(10 minit)

9.35-9.45 pagi
  1.  Guru mengemukakan soalan lisan :
     “Apakah tempat-tempat menarik di
      negara kita yang ingin kamu lawati ?”
      Rumusan dibuat   dan nilai-nilai
      murni dipupuk.
2.   Guru memaparkan senarai pautan
      laman web yang boleh dilayari oleh
      murid sebagai maklumat tambahan
      untuk melengkapkan tugasan
      kumpulan yang diberi iaitu penyediaan
      Buku Skrap bertajuk “Tempat-Tempat
      Menarik di Malaysia”

Nilai-nilai murni:
Patriotisme, kesyukuran, cintakan alam sekitar.
Tugasan kumpulan: Buku Skrap.
Rujukan: Laman Web .